Menjadi kebiasaan dalam masyarakat Islam yang belum mengetahui ataupun dah tahu tapi macam tak tahu, selepas majlis pertunangan diadakan, pasangan lelaki dan perempuan yang bertunang mula bergaul mesra...macam suami isteri...berduaan-duan di tempat awam mahupun di tempat sunyi. Boleh ke nih? Bagi mereka, ia adalah untuk kenal lebih rapat, tahu hati budi, kenal famili masing-masing...macam-macam lagi lah! Betul ke nih? Boleh tak kalau kita katakan tindakan mereka ni nak menampakkan kebaikan mereka kepada pasangan masing2...hemmmm...boleh jadi jugak... lagi-lagi yang perempuan, ia cuba menampakkan bahawa dialah yang paling ayu dan sopan santun penuh kelembutan....
Yang lelaki pulak menampakkan, dialah yang paling hero di dunia! Atau yang peling carring gitu!
Bergaul mesra dan berduaan-duan (khalwat) antara pasangan yang bertunang sebelum akad nikah adaah HARAM serta tak diredai oleh Allah. Bukan aje lepas bertunang, sebelum tunang pun! Bak sabda Rasulullah saw; "Tidak boleh sama sekali lelaki dan perempuan berkhalwat (duduk berdua-duaan secara sunyi) melainkan mahram ada bersama mereka"
Perempuan yang berakal dan cerdik ialah perempuan yang tidak memperlihatkan dirinya di hadapan tunangnya (selepas pandangan pertunangan) sehinggalah selesai akad nikah. Ini kerana ia harus memikirkan masa depan dan mengambil kira kemungkinan yg mungkin berlaku yg mesti dihadapi. Ia juga perlu memikirkan jika pertunangannya terputus, lelaki lain sukar untuk meminangnya setelah mereka mengetahui perhubungannya dengan bekas tunanganya.
Apabila akad nikah telah berlaku, pergaulan dan khalwat dibenarkan kerana mereka telahpun HALAL. Mereka boleh melihat pasangan masing-masing tanpa rasa berdosa dan halangan lagi..
Apa lagi! Yuk tunang yuk!!!!! (◕‿-)

No comments:
Post a Comment